Mashed Potato Pembuka Bicara



Assalammualaikum Ladies !

Alhamdulillah finally come back home dengan entries bermanfaat, In sha Allah. Harap bermanfaat laa dan tak meraban lebih. Kikiki :p

Dah lama nak create blog resepi tapi since dah kerja banyak masa dipenuhi untuk hal kerja & part time jobs sikit. So lepas nie tak perlulah nak whatsapp bagai kat member kadang mintak share resepi. Hehehe. Maklum laa kadang terlajak upload dalam insta, facebook dan ada pulak yang request nak resepi. Padahal kadang tu ada yang baru 1st time try dan rasa pun macam hidup segan mati tak mahu sebab perut lapar makan jer laa jangan kisah nanti mati kebulor pulak. Hahaha ;)

1st entry pada new image kali nie adalah.. taraaaa !

Actually buat time raya lepas, time akak ipar dan abang turn raya di Perak. Full house baru seronok nak memasakkan. Jom ushaa resepi simple Mashed Potato / Kentang Putar kitew -

Mashed Potato Homemade

Bahan-bahan untuk kentang :

1. 8/10 biji kentang
2. Susu dutch lady
3. Lada sulah
4. Lada hitam
5. Garam

Cara penyediaan kentang :

1. 8/10 biji kentang tu rebus dulu dgn sikit garam sehingga empuk dan lembut
2. Mashed dgn susu dutch lady sikit + lada sulah + lada hitam + sikit garam (tips peralatan - kalau tak ada alat seperti mixer untuk mashed, masuk jer kentang dalam besen dan mashed guna bontot gelas. SIL ajar ! hee)
3. Ambil scope air cream, scope kentang yang dah di mashed kasi lembut dan halus tadi dan masukkan dalam mangkuk.

Bahan-bahan kuah :
1. Butter
2. Bawang holland
3. Bawang putih
4. Lada sulah
5. Lada hitam
6. Tepung jagung
7. Air biasa
8. Garam

Cara-cara penyediaan kuah :

1. Kuah dia pakai 4 sudu butter, bawang besar sebiji kisar, 1 ulas bawang putih ketuk jer. Tumiskan sampai garing.
2. Masukkan serbuk lada sulah, lada hitam.
3. Nak pekat letak tepung jagung yang dah dibancuh dengan air biasa bukan air panas. Nanti jadi ketul-ketul kalau air panas. Jangan letak banyak tepung jagung, ikut nak pekat macam mana.
5. Masukkan sedikit garam dan masak sehingga betul-betul mendidih.
5. Dah siap masak kuah boleh tuang di atas kentang yang telah scope dalam mangkuk untuk dihidang.
7. Makan panas-panas memang besttt

Nie menu BBQ Raya kita haritu untuk family

Menu nie sesuai untuk anak-anak 6 months above yang dah boleh makan benda-benda lembut tapi kurangkan lah lada sulah & lada hitam serta garam untuk tumbesaran yang baik untuk mereka.

Selamat Mencuba Darlsss !
Bankrupt KFC. hahaha


2 comments: