Kek Batik Crunch


Assalammualaikum

Ya Allah, huru-hara daripada lepas buat kek batik crunch 1 pagi buta sampai hari nie Selasa dah weyh. Ramai sangat nak resepi la, mintak buat lagi laa. Ke benda free semua sedap, atau memang sedap pun ? Baik jujur dengan ikhlas jawab. Hahaha ;D

Duk depan laptop kat office nie tahan gelak, whatsapp masuk nak sekarang resepi. Oke nasib aku free, aku update terus. Fair untuk semua. Tak mampu nak bagi semua orang merasa, bagi la korunk resepi. Haa buat sendiri. Jangan cakap malas, kalau malas lesing nanti. Hehehe ;)

Sebenarnya aku dulu paling bodoh buat kek batik nie. Asyik tak menjadi. Kek chocolate moist yang susah tu pulak terror. Lepas balik umrah teringin belajar buat. Bawak datang office bagi sorang sikit. Akak tu cakap crunchies. Soalan lawak dia, kamu pakai chocolate daripada Mekah ke ? Lol ! Banyak pulak aku nak beban chocolate balik. Haha.

Oke oke meraban dah. Nahhh ambik benda free !



Resepi Kek Batik Crunch

Bahan-bahan:

1. 250 g butter
2. 200 g milo
3. 1 tin susu pekat cair
4. 3 sudu makan kecil serbuk chocolate
5. biskut marrie secukupnya 

Cara-cara :

1. Cairkan butter
2. Perlahankan api dan masukkan susu dan milo selang seli - kalau tak nak manis boleh kurangkan 2 bahan nie
3. Kacau sampai rata dan masukkan serbuk coklat
4. Kacau lagi sampai sikit likat atau seakan kerak halus
5. Padamkan api dan patahkan biskut marrie kepada 2
6. Gaul sampai keseluruhan biskut kena bancuhan dan jangan terus tuang biskut semua takut bancuhan tak cukup cover
7. Tuang dalam loyang atau tupperware. Tekan sikit dan jangan terlalu kuat nanti biskut akan patah kecil-kecil. Jadi tak crunch pulak
8. Selesai ratakan boleh taburkan accessories ikut selera dan creativity. Chocolate rice biasanya aku guna. Haritu try tabur almond sedap extra la. Hee
9. Masukkan dalam freezer dan biarkan sejuk
10. Kalau nak potong dia agak susah sebab crunch, keras dan perlu take time dalam 15 minit baru potong dan baru boleh makan

Then siapa tak pernah rasa tu, rasa dia tak lembik tapi ranggup macam biskut dan salutan tu liat macam Cloud9 sikit-sikit. Tolong feel sendiri. Hee

Haa. Nie nak habaq, pakai la bahan yang brand sikit macam biskut Marrie belilah biskut Marrie brand Munchy's. Brand lain bukan apa, kurang selera rupanya. Wahaha - Lepas tu petua aku sendiri, butter nie untuk baking pakailah Buttercup. Biar mahal tapi hasil masuk perut sendiri jugak. Tip top puas makan. Hehehe

So lets try. Cekidouttt uolsss nanti bos nampak aku update entry pulak. hahaha !

Puding Roti Kukus Moist


Assalammualaikum !

Sabtudate ke korunk ? Date kat mana ? Haishhh korunk best laa boleh date. Aku kalau weekend suka lagi lepak dekat rumah sebab normal masa aku lepas subuh sampai dekat tengahari akan penat menawan rumah. Kemas sana, kemas sini. Bila time nak rehat pun dah nak dekat pukul 1 lepas tu terkejar zohor. Weekend kadang lunch hour pun entah tak terurus. Ikut sempat. Hehehe. So baiklah aku rehat dalam bilik. Hang out pun macam memenatkan lagi tambah sedar-sedar esok Ahad, then nak Monday Bluesss. Lagi laa malas !

Lately kurang sihat, memang fikir baik habiskan masa dengan tidur. Pukul 10 aku dah switch off lampu bilik. Tidur ! Pukul 12 or 1 pagi terjaga. Ikut rajin Tahajjud, tak rajin terkedu atas katil sambung tidur. Hahaha nafsu -

Haaa ! Tadi tengah baring-baring time Asar, tiba teringin nak minum petang. Tekak pulak still batuk. Pergi ler kedai beli roti Gardenia. So, nie nak kongsi sikit menu paling mudah. Orang malas pun boleh rajin tapi kalau kata tak rajin tu memang pemalas tak tahu nak kategori tang mana. Peace !

Menu kali nie boleh buat untuk breakfast dan Hi-tea. Dalam 30 minit dah siap gitew ;)

Aku tahu korunk pun sama kurang rajin macam aku tu sebab bagi resepi yang ringan-ringan untuk prepared. Especially kalau untuk breakfast kannn.

Jom tengok apa ke bendanya ;

Resepi asal lain. Setiap layer takde kismis dan takde colourful gitew. Selera aku ceria giler. Hahaha
Bahan-bahan :

1. 4 keping Roti Gardenia
2. 2 biji telur
3. 1 sudu teh esen vanilla
4. 4 sudu besar gula
5. 1/2 cawan susu Dutch Lady
6. Suku susu pekat
*resepi asal pakai 1 tin susu cair tapi aku nak kurang manis godam sendiri
7. 1 sudu butter
8. Kismis dan cherry

Cara-cara penyediaan :

1. Masukkan telur, gula dan esen vanilla dalam satu bekas. Pukul rata.
2. Kemudian masukkan susu Dutch Lady dan susu pekat. Pukul hingga rata.
3. Potong roti kepada 4 untuk setiap keping dan sapu butter. Susun dalam tupperware atau loyang.
4. Setiap layer roti taburkan kismis untuk lebih sedap. Ikut turutan susunan layer by layer sehingga habis roti.
5. Tuangkan adunan yang telah dipukul rata tadi dalam roti yang telah disusun. Kemudian tabur kismis dan cherry. 
6. Kukuskan pada api sederhana selama 20 hingga 25 minit.
7. Pastikan bancuhan kering dan roti hanya lembab baru boleh ditutup api.
8. Keluarkan daripada kukus dan biarkan seketika. Sedia dimakan dalam keadaan suam atau sejuk ikut selera masing-masing.

U/P - Resepi ini tidak perlu makan bersama kuah kastard sebab dah sedia lembab. Kalau buat kastard bukan taste aku nak membazir doh kastard. Waste my time. Hahaha !

Oke selamat mencuba. Boleh try breakfast esok. Maghrib dahhh. Hehe ;)

Mashed Potato Pembuka Bicara



Assalammualaikum Ladies !

Alhamdulillah finally come back home dengan entries bermanfaat, In sha Allah. Harap bermanfaat laa dan tak meraban lebih. Kikiki :p

Dah lama nak create blog resepi tapi since dah kerja banyak masa dipenuhi untuk hal kerja & part time jobs sikit. So lepas nie tak perlulah nak whatsapp bagai kat member kadang mintak share resepi. Hehehe. Maklum laa kadang terlajak upload dalam insta, facebook dan ada pulak yang request nak resepi. Padahal kadang tu ada yang baru 1st time try dan rasa pun macam hidup segan mati tak mahu sebab perut lapar makan jer laa jangan kisah nanti mati kebulor pulak. Hahaha ;)

1st entry pada new image kali nie adalah.. taraaaa !

Actually buat time raya lepas, time akak ipar dan abang turn raya di Perak. Full house baru seronok nak memasakkan. Jom ushaa resepi simple Mashed Potato / Kentang Putar kitew -

Mashed Potato Homemade

Bahan-bahan untuk kentang :

1. 8/10 biji kentang
2. Susu dutch lady
3. Lada sulah
4. Lada hitam
5. Garam

Cara penyediaan kentang :

1. 8/10 biji kentang tu rebus dulu dgn sikit garam sehingga empuk dan lembut
2. Mashed dgn susu dutch lady sikit + lada sulah + lada hitam + sikit garam (tips peralatan - kalau tak ada alat seperti mixer untuk mashed, masuk jer kentang dalam besen dan mashed guna bontot gelas. SIL ajar ! hee)
3. Ambil scope air cream, scope kentang yang dah di mashed kasi lembut dan halus tadi dan masukkan dalam mangkuk.

Bahan-bahan kuah :
1. Butter
2. Bawang holland
3. Bawang putih
4. Lada sulah
5. Lada hitam
6. Tepung jagung
7. Air biasa
8. Garam

Cara-cara penyediaan kuah :

1. Kuah dia pakai 4 sudu butter, bawang besar sebiji kisar, 1 ulas bawang putih ketuk jer. Tumiskan sampai garing.
2. Masukkan serbuk lada sulah, lada hitam.
3. Nak pekat letak tepung jagung yang dah dibancuh dengan air biasa bukan air panas. Nanti jadi ketul-ketul kalau air panas. Jangan letak banyak tepung jagung, ikut nak pekat macam mana.
5. Masukkan sedikit garam dan masak sehingga betul-betul mendidih.
5. Dah siap masak kuah boleh tuang di atas kentang yang telah scope dalam mangkuk untuk dihidang.
7. Makan panas-panas memang besttt

Nie menu BBQ Raya kita haritu untuk family

Menu nie sesuai untuk anak-anak 6 months above yang dah boleh makan benda-benda lembut tapi kurangkan lah lada sulah & lada hitam serta garam untuk tumbesaran yang baik untuk mereka.

Selamat Mencuba Darlsss !
Bankrupt KFC. hahaha